Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Seperti semua pelajar sedia maklum, hari pembuangan undi jatuh pada tarikh 9hb Mei 2018 yang mana ia merupakan hari cuti umum.

Memandangkan terdapat ramai dalam kalangan pelajar yang perlu pulang jauh ke pusat daerah mengundi masing-masing, pihak MPPUSM telah membuat permohonan kepada TNC Akademik & Antarabangsa bagi pelepasan PdP selama satu (1) hari berikutnya iaitu pada 10 Mei (Khamis).

Alhamdulillah, pelepasan khas kepada semua pelajar sempena pilihanraya umum ke-14 telah diluluskan oleh Naib Canselor selama DUA (2) HARI pada 8hb dan 10hb Mei 2018 (9hb Mei 2018 telah diisytiharkan sebagai cuti umum dan akan diguna pakai oleh USM).

Demikian diharapkan agar segalanya dipermudahkan untuk kesemua pihak. In sha Allah.

Sekian, harap maklum.

‘Memimpin Mahasiswa, Membangun Universiti’

Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Sains Malaysia 2017/2018.

Leave a Reply