Inisiatif dari Mahasiswa untuk Mahasiswa.

1. Dengan rendah diri, saya mahasiswa UM, mewakafkan pendapatan dari mengajar tuisyen pada bulan ini untuk mahasiswa UM yang punya kesulitan untuk #PulangMengundi. Jumlahnya tidaklah terlalu banyak tetapi diharap cukup untuk membantu beberapa orang mahasiswa.

2. Sumbangan akan diberikan dalam bentuk tiket bas, ke destinasi kalian. Bagi mahasiswa Borneo, sumbangan dalam bentuk tiket bas dari KL Sentral ke KLIA.

3. Syarat mudah; hubungi saya di FB dan hantar bukti daftar pengundi anda untuk elakkan salahguna sumbangan. Demi keselamatan, kaburkan no IC. Saya juga jamin bahawa identiti anda akan dirahsiakan.

4. Saya juga seru kalian untuk sama sama bantu, kongsikan kepada rakan yang memerlukan. Atas semangat dari mahasiswa untuk mahasiswa.

#PulangMengundi #GE14 #PRU14

Leave a Reply