Sementara MPP bergermbira di Australia sekarang, gerak kerja mereka berusaha untuk ke Australia lebih gigih berbanding menyelesaikan isu-isu kebajikan yang perlu diselesaikan segera di UTM.

Ambil contoh isu jalan-jalan dalam UTM yang berlubang dengan sangat teruk, sampai sekarang masih belum selesai, bila ditanya kepada MPP mereka berkata “PHB tidak ada wang untuk menurap semula jalan”. Hampir 4 tahun lebih jalan berlubang, masih tak ada wang?

Baru-baru ini UTM dikejutkan dengan penamatan kontrak Wifi secara tiba-tiba dengan notis penamatan hanya sebulan, apakah ini? Sebelum ini MPP berjanji yang mereka akan pastikan Wifi disediakan kepada semua Mahasiswa/i UTM dan tidak akan ada masalah, bila ditanya kepada pihak bertanggung jawab juga dijawab

“Kontrak tidak dapat disambung kerana bayaran yang sedikit” Mana perginya wang yang kami pelajar-pelajar bayar setiap semester, dan sekarang kemudahan wifi tidak disediakan tetapi yuran masih kekal, apakah ini?

Kami tak mintak MPP hanya perjuangkan kebajikan pelajar, tetapi yang mana keutamaan anda? Kebajikan Mahasiswa atau Keseronokan Berprogram.


Tulisan ini merupakan pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pandangan NadiSiswa

Leave a Reply