SIDANG MEDIA : ADUAN KEPADA SUHAKAM TENTANG KEGANASAN POLIS BANTUAN UNIVERSITI ISLAM ANTARBANGSA TERHADAP MAHASISWA

Saya Asheeq Ali Bin Sethi Alivi, mahasiswa tahun akhir jurusan undang-undang UKM ingin membuat aduan ke atas keganasan polis bantuan Universiti Islam Antarabangsa (UIA) ke atas saya yang menganjurkan Jelajah Kuasa Mahasiswa, HEP Bukan Tuhan di UIA.

2. Jelajah ini bertujuan memberikan penerangan tentang sejarah aktivisma mahasiswa. Oleh kerana terdapat banyak kes yang melibatkan Hal Ehwal Pelajar Universiti menghukum mahasiswa akibat akivisma kami, kami fikir wajar untuk kami turun bertemu rakan rakan mahasiswa untuk memberi penjelasan dan membuat diskusi tentang dunia aktivisma mahasiswa untuk membangkitkan semula semangat aktivisma mahasiswa. Jelajah kami ini turut diserta oleh aktivis Fahmi Reza.

3. Saya akan menyerahkan bukti dan membuat aduan kepada Pesuruhjaya SUHAKAM beserta memorandum untuk mendesak SUHAKAM menyiasat perbuatan terkutuk UIA yang sepatutnya menjadi institusi pendidikan yang bebas untuk mahasiswa berwacana dan berdiskusi. Sidang media akan diadakan untuk penyerahan aduan dan memorandum tersebut. butirannya adalah seperti berikut:

Tarikh : 9/4/2018 (isnin)
Masa : 11.30 pagi
Tempat: Tingkat 11 pejabat Suhakam , Menara TH Perdana

Rakan rakan media dijemput hadir.

Sekian Terima Kasih
Asheeq Ali Bin Sethi Alivi

Leave a Reply