Kempen Isu Makan Malam Mewah Kolej Kediaman #MY120 telah giat diadakan sejak awal Mac 2018 tatkala isu yang berlarutan sejak bertahun-tahun ini dengan mudah dirumuskan oleh sesetengah pihak sebagai “BUKAN SUATU ISU UNTUK DIBANGKITKAN SEJAK AWAL LAGI.”

1. Pelbagai bentuk kempen telah kami adakan sepanjang sebulan lebih seperti turun padang di beberapa fakulti untuk mendapatkan tandatangan petisyen demi memastikan isu ini mendapat perhatian pihak atasan agar ia mempunyai penyelesaian yang tuntas, ikhlas demi hak dan kebajikan mahasiswa-mahasiswi Universiti Malaya.

2. Perlu kami tegaskan bahawa tuntutan kami BUKAN untuk menghapuskan makan malam kolej kediaman. Sebaliknya kami menuntut agar makan malam kolej kediaman dijadikan sebagai satu PILIHAN, bukannya terus dikreditkan secara automatik sebanyak RM120 ke akaun pelajar di MyUM.

3. Sesungguhnya kami amat berharap untuk satu penyelesaian yang munasabah dari pihak Bendahari UM, pengetua-pengetua kolej kediaman dan SPKUM dalam masa terdekat demi memastikan hak mahasiswa terbela.

RM120, hak kita bersama!

Leave a Reply