Terima kasih Sharan Raj.

1. Aku mengenali Sharan Raj sudah lebih setahun.

Sejujurnya aku pun tidak tahu bila kami mula berkawan. Kali pertama kami bertemu ketika di atas “lori”.

2. Aku menghormati dia sebagai aktivis yang amat “supportive” dengan apa-apa perjuangan rakyat dan mahasiswa.

3. Ketika laporan Gerakan Menuntut Pendidikan Percuma (GMPP) dikeluarkan pada awal tahun ini, dia memberikan salinan laporan tersebut untuk bertanya pandangan atau mengulas lebih awal (Disember 2017).

Aku menghormati permintaan ini, bahkan aku lihat ia sebagai penghargaan.

4. Ketika debat dia dengan MANTAP, aku mengatakan bahawa aku skeptikal dengan pendidikan percuma, lebih-lebih dengan pelbagai masalah ekonomi yang kita hadapi.

5. Dia menerima perbezaan itu (walaupun aku tahu dia tidak setuju), dia siap kongsikan tulisan itu di Facebooknya.

6. Ketika forum baru-baru ini, aku jemput dia sebagai panel. Ketika aku menegur bahasa dan mempersoalkan hujahnya, dia siap kata;

“Rahman, u hati-hati, nanti u pulak kena langgar kereta api.”

Selaku moderator malam itu, aku harus melindungi wakil mahasiswa BN.

7. Tapi selepas forum kami boleh bersalaman, dan saling melemparkan senyuman.

8. Hari ini ada orang bertanya tentang gambar ini; katanya jika mahasiswa UMK, dia mahu dihukum. Sebak aku melihat gambar itu sebenarnya gambar Sharan Raj.

9. Kalau diikutkan dia tak perlu pun memperjuangkan apa-apa untuk mahasiswa UMK.

Ada siap tanya aku beri apa pada dia?

Setahu aku, aku cuma pernah memberi;

Satu Cup Maggi, Roti (RM0.90) dan Nescafe 3 in 1. [Cenderahati Forum]

10. Aku yakin ramai mahasiswa UMK yang berbeza tentang “method” melawan yang keras, tapi kita tak boleh nafikan perjuangan-perjuangan mereka akan membantu proses penurunan yuran.

11. Sekali lagi, terima kasih Sharan. Semoga kau terus diberi kekuatan dan keselamatan untuk terus berjuang.

Leave a Reply