Penemuan Planet Terbaharu
Syahdan Hamzah

Teleskop Angkasa Spitzer yang dimiliki oleh National Space Agency (NASA) telah mendedahkan penemuan planet baru: sistem pertama yang dapat dikenalpasti mempunyai tujuh planet bersaiz Bumi. Tiga daripada planet-planet ini berada di dalam zon yang boleh didiami, kawasan di sekitar bintang di mana planet berbatu mereka mungkin mempunyai air dalam bentuk cecair.

742666main_kepler-62-diagram_lg_full

Penemuan itu memberikan rekod baru dalam bilangan terbesar planet yang boleh didiami di zon penemuan tersebut di luar sistem suria kita. Kesemua ini tujuh planet boleh mempunyai air dalam bentuk cecair yang merupakan ciri utama untuk kehidupan seperti yang kita tahu sekiranya ia berada dalam keadaan atmosfera yang betul, tetapi harapan tertinggi ditaruhkan kepada tiga planet yang berada dalam zon tersebut.

“Penemuan ini boleh menjadi sebahagian penting dalam mencari persekitaran yang boleh didiami dan tempat yang kondusif untuk hidup,” kata Thomas Zurbuchen, pentadbir bersekutu Jabatan Misi Sains di Washington. “Menjawab soalan ‘adakah kita bersendirian?’ adalah keutamaan kajian dan bertemu dengan banyak planet seperti ini buat kali pertama dalam zon yang boleh didiami adalah satu langkah ke hadapan yang luar biasa ke arah mencapat matlamat tersebut.

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=bnKFaAS30X8&w=460&h=315]

Pada jarak 40 tahun cahaya dari Bumi, sistem tersebut agak dekat, berada dalam buruj Aquarius. Oleh kerana mereka berada di luar sistem suria kita, planet ini saintifiknya dipanggil exoplanet.

Sistem exoplanet ini dipanggil Trappist-1, dinamakan melalui akronim bagi “The Transiting Planets and Planetesimals Small Telescope (TRAPPIST)” yang dinamakan di Chile. Pada bulan Mei 2016, penyelidik menggunakan TRAPPIST mengumumkan bahawa mereka telah menjumpai tiga planet di dalam sistem. Dibantu dengan beberapa teleskop bumi, termasuk Balai Cerap Selatan Eropah ini, Spitzer mengesahkan kewujudan tiga planet dan mendapati empat planet tambahan.

Sumber

 

Leave a Reply