KESELAMATAN UMS PUKUL MAHASISWA!

Seorang mahasiswa fakulti seni Universiti Malaysia Sabah dipukul oleh pegawai keselamatan universiti dengan alasan memakain pakaian tidak kemas dan berambut panjang.

Apabila saya menghubungi mahasiswa ini beliau mengatakan telah ditendang di bahagian kaki dan dipukul dibahagian kepala. Ini satu tidakkan yang melampau dan kejam. Laporan polis akan dibuat pada hari esok.

Kes salah laku dan bertindak ganas pegawai keselamatan UMS bukanlah kali pertama. Sewaktu saya masih belajar pun ada sahabat mahasiswa dipukul sedemikian. Akibat tidak mahu membesarkan isu dan mengormati pegawai keselamatan UMS makan isu itu tidak dihebahkan.

Sepanjang saya belajar di UMS saya melihat pegawai keselamatan sering berkelakuan diluar kawalan, tidak ramah dan sering menengking-nengking mahasiswa seperti binatang. Apabila kami mahasiswa membangkit malah kami yang dipersalahkan dan dinasihat untuk habiskan belajar baru bersuara.

Saya ada banyak lagi isu salah laku keselamatan namun tidak saya sebutkan atas dasar menjaga periuk nasi peribadi pegawai keselamatan dan ingin menjaga aib mereka. Tapi saya boleh buktikan dan tuliskan kalau pihak keselamatan inginkan. Saya juga bertanggungjawab dan sedia berjumpa dengan mana-mana pihak atas kenyataan ini.

Sebagai seorang yang memegang kad dan status alumi UMS saya ada hak untuk bercakap dan melindungi kawan-kawan mahasiswa saya. Saya tidak teragak-agak membawa perkara ini keperingkat lebih tinggi iaitu ke Suruhanjaya Hak Asasi Malaysia dan Kementerian Pengajian Tinggi.

Cubit kaki kiri, kaki kanan terasa. Jangan tindas kawan-kawan mahasiswa. Itu sama saja kalian menindas saya juga. Sebelum ada tiupan perlawanan belajarlah menghormati sesama manusia. Kelak hangus periuk nasi malu universiti. Jangan cabar mahasiswa!

Kenyataan ini bukanlah mencerminkan semua pegawai keselamatan. Saya juga semasa belajar ada mengenali pegawai keselamatan yang baik dan profesional. Kenyataan ini untuk segolongan kecil sahaja. Namun perlulah dibenteras segela racun yang kecil ini sebelum ia merebak dan menimbulkan malapetaka yang nantinya merosakkan institusi ilmu itu universiti.

Mohon solidariti mahasiswa seluruh universiti Malaysia untuk tolak keganasan dan salah guna kuasa pegawai universiti.

Terima kasih.

Mukmin Nantang
(Mantan Presiden Kelab Sastera Mahasiswa UMS)

#TolakKeganasanPegawaiUniversiti
#TolakSalahGunaKuasa
#SolidatitiMahasiswa

Leave a Reply