Suara Mahasiswa Universiti Malaysia Sabah, UMS: Solidariti Bawah Bayu

Wiji Thukul pernah berkata,

“Apabila usul ditolak tanpa ditimbang,
Suara dibungkam kritik dilarang tanpa alasan,
Dituduh subversif dan mengganggu keamanan,
Hanya ada satu kata : LAWAN!”

Oleh itu, kita Suara Mahasiswa UMS bersolidariti penuh bersama komrad-komrad mahasiswa dalam aksi Protes Bisu Mahasiswa pada hari ini (27 Mac 2018) di hadapan pagar pintu pagar Parlimen. Beberapa detik lagi aksi akan bermula dan kita mengucapkan selamat maju jaya serta panjang umur perlawanan komrad-komrad kita sekalian.

Kita mendesak sekeras-kerasnya kepada pihak kerajaan, pihak pentadbiran dan semua pihak yang mempunyai autoriti untuk berhenti membisukan mahasiswa. Mahasiswa merupakan jurucakap rakyat, jika mahasiswa bungkam, rakyat juga bungkam. Kita tidak benarkan sesekali rakyat dibungkamkan! Mahasiswa dan rakyat berhak untuk bersuara mengenai hak dan kebebasan.

Selain itu, kita juga bersolidariti dengan para komrad yang berjuang untuk mempertahankan hak dan maruah mahasiswa dalam aksi melawan isu Yuran Pengajian/Yuran Latihan Industri Universiti Malaysia Kelantan (UMK), bantahan ALB di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), pengantungan pengajian Saudara Asheeq Ali di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) serta protes yuran makan malam di Universiti Malaya (UM).

Akhir sekali, kita mahasiswa, kita hanya satu di bawah kepercayaan dan kesetiaan yang sama. Kita percaya perjuangan kita atas dasar kasih kita kepada rakyat dan generasi selepas ini. Kita setia dengan apa yang kita perjuangkan kerana kasih kita yang mendalam.

“Dari Mahasiswa Kepada Mahasiswa, Dari Mahasiswa Untuk Rakyat Malaysia.”

Suara Mahasiswa UMS

#SuaraMahasiswa
#SolidaritiMahasiswa
#PandangKeBorneo
#BawahBayu
#KitaAsheeq
#tyUMK
#BantahALB
#my120

Leave a Reply