Mahasiswa Malaysia dijemput untuk menghadiri KONVENSYEN MAHASISWA MALAYSIA yang dianjurkan oleh Parti Islam Se-Malaysia (PAS). Program ini akan diadakan seperti maklumat berikut :

Tarikh : 24 Mac 2018 (Sabtu)
Tempat: Stadium Tertutup MPSJ,Serdang Jaya
Masa: 8 pagi – 5 petang

Konvensyen ini merupakan satu inisiatif untuk memperkenalkan solusi-solusi daripada PAS kepada Mahasiswa, bahkan membariskan panel-panel yang datang daripada pimpinan utama PAS.

Konvensyen kali ini juga akan menampilkan Naib Presiden Kesatuan Ulama’ Sedunia merangkap Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang untuk berdialog dengan mahasiswa.

Maka, ini adalah peluang yang baik untuk mahasiswa untuk berdialog dan bersoal jawab dengan pimpinan PAS. Ini juga peluang mahasiswa bersemuka dengan Presiden PAS, ayuh mahasiswa jika anda seorang yang kuat kritik PAS dalam facebook, maka ayuh kita face to face menyatakan kritikan dan cadangan kepada PAS.

Itu pun jika anda mahasiswa anak jantan, jika anda memang mahasiswa yang tahu memekit dalam ruangan media social sahaja, tanpa mahu berhadapan maka anda tidak lebih dan tidak kurang seperti macai-macai politik lainnya.

Ayuh, cabaran ini untuk semua mahasiswa dan terutamanya mahasiswa yang suka memerli dan membuat pelbagai persepsi kepada PAS. Mahasiswa kiri, mahasiswa PH, mahasiswa BN, mahasiswa neutral dan mahasiswa dari pelbagai aliran dijemput semuanya.

Tekan link pendaftaran ini, jika anda anak jantan.

Daftar:

http://tinyurl.com/ya6zl5ml
.
ATAU
.
http://www.wasap.my/60195686155 (Syahril)
http://www.wasap.my/601140228999 (Athirah)

Leave a Reply