SHAH ALAM 07 MAC 2018. Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh berucap di Program #KIT Keeping in Touch Bersama Pemimpin Mahasiswa Institut Pengajian Tinggi (IPT) di Dewan Agung Tuanku Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM). NSTP/ROSLIN MAT TAHIR

KADS1M untuk tahun 2018 telah diumumkan secara rasmi. Jumlah RM250 tersebut akan dikreditkan ke akaun pelajar bermula pada 15 Mac 2018. Kepada anda yang telah memohon terus sahaja semak kad masing-masing manakala kepada yang belum memohon boleh kemukakan permohonan.

Beliau juga berkata, peruntukan berkenaan boleh digunakan bagi pelbagai tujuan termasuk pembelian buku, alat tulis, peralatan komputer dan penggunaan internet.

“Ia akan dikreditkan melalui KADS1M mulai 15 Mac ini dan penuntut boleh menyemaknya di Bank Rakyat.

“Peruntukan ini selaras dengan Bajet 2018 yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bagi membantu mengurangkan kos sara hidup yang dialami penuntut institusi pengajian tinggi,” ujar Idris.

Idris berkata, “Penuntut yang sudah menerima KADS1M tahun lalu tidak perlu membuat permohonan baru kerana BPPT akan dikreditkan secara automatik kepada mereka.”

Bank Rakyat akan mengenalpasti data pelajar dan mereka juga digalakkan untuk menyemak status mereka secara online sekiranya nama atau maklumat mereka hilang dari pangkalan data.

Idris berkata pelajar akan dapat menyemak status mereka secara online apabila pengumuman rasmi dibuat.

Leave a Reply