Assalammualaikum WBT, salam sejahtera, salam Perak Aman Jaya, salam UPSI Cemerlang Bersama dan salam Negaraku Malaysia.

Perhatian kepada semua pelajar sarjana muda Semester 2 Sesi 2017/2018,bagi memberi peluang kepada pelajar untuk merancang percutian dan perjalanan balik ke kampung halaman masing-masing sempena Hari Raya Aidilfitri, Mesyuarat Senat Kali Ke-163 Bil. 2/2018 telah meluluskan pindaan keputusan Mesyuarat Senat Kali Ke-149 Bil. 12/2016 bertarikh 20 Disember 2016 berkenaan Kalendar Akademik Program Ijazah Sarjana Muda Sesi Akademik 2017/2018 – [Minggu Peperiksaan Akhir Semester 2 – 4 hingga 13 Jun 2018 (10 hari)].

Oleh yang demikian, Peperiksaan Akhir Semester 2 Sesi 2017/2018 akan bermula pada 4 hingga 13 Jun 2018 (10 hari) dengan implikasi tiada cuti pada Sabtu/Ahad serta semua dewan/bilik kuliah akan digunakan termasuk bilik kuliah dengan kerusi flip.

Pelajar juga disarankan untuk bersiap sedia dengan peperiksaan akhir semester 2 sesi 2017/2018 kerana tidak ada minggu ulang kaji(study week).

Sekian, terima kasih.

Leave a Reply