Aku hadiri perhimpunan #TANGKAPMO1 pada 27 August 2016. Aku dipanggil untuk disiasat oleh IPD Dang Wangi pada 1 September 2016. time siasatan aku cakap aku hanya akan jawab di mahkamah. Tapi Aku langsung tidak didakwa di mahkamah.

TIBA TIBA aku dipanggil oleh pihak universiti, kerana PDRM Dan KEMENTERIAN menghantar surat ke UKM beserta gambar aku untuk ambil tindakan ke atas aku.

Aku didenda RM 200 dan digantung serta merta selepas mereka putuskan aku bersalah pada November 2016. Aku failkan injuksi di mahkamah untuk hentikan prosiding UKM kerana aku tahu aku akan digantung, MAHKAMAH MINTA UKM hadir untuk pendengaran injuksi tetapi Datuk Aziah bertegas mahu meneruskan prosiding tatatertib ke atas aku. Terima kasih Datuk. Datuk berjaya menghukum aku 3 kali berturut turut sejak aku mula belajar di UKM. Jasamu akan ku kenang.

Selepas 3 minggu, aku dipanggil semula untuk belajar. Kemudian, mereka mendengar rayuan aku tanpa kehadiran aku. Rayuan celah mana, aku pun tak tahu. Mereka putuskan rayuan aku dengan meneruskan penggantungan selama sebulan lagi. Aku akur dan bertekad untuk teruskan kes di mahkamah.

Aku kalah di Mahkamah Tinggi. Apa yang aku mintak? Aku mintak Mahkamah declare bahawa universiti tiada hak menghukum mahasiswa yang menghadiri perhimpunan aman, hanya mahkamah punya kuasa itu. Tapi mahkamah memutuskan bahawa UNIVERSITI PUNYA KUASA UNTUK MENGHUKUM MAHASISWA yang menghadiri perhimpunan walaupun tiada pertuduhan oleh mahkamah.

Aku buat rayuan, tapi hari ni mahkamah rayuan putuskan benda yang sama.

Ini bermakna universiti boleh bermaharajalela menghukum mahasiswa.

Semuanya akibat adanya AUKU 1971! Kenapa?

1. AUKU memperuntukkan bahawa TNC HEPA (yang menghukum aku) hanya boleh dilantik oleh menteri. Nampak permainannya?

2. Auku beri kuasa kepada universiti untuk membuat regulasi tatatertib yang boleh menghukum mahasiswa jika memalukan nama universiti. Kehadiran aku dalam #TANGKAPMO1 telah dikira sebagai memalukan universiti. Nampak permainannya?

3. AUKU memberi kuasa kepada universiti untuk memutuskan siapa yang aku seharusnya menyokong dan membangkang.
Nampak permainannya?

4. Tahun lepas sahaja sebanyak 15 mahasiswa dikenakan tindakan tatatertib kerana bersuara tentang korupsi dan skandal rasuah 1MDB.

AUKU ini mesti dipinda sejajar dengan perlembagaan. Kerajaan melalui Universiti universiti di Malaysia telah menyalahgunakan kuasa dibawah AUKU untuk mendiamkan mahasiswa yang menentang kerajaan. Buat rakyat Malaysia, sedarlah bahawa mahasiswa sedang digari dengan rakus hari demi hari. Tiada kebebasan bersuara , tiada kebebasan akademik. Mahasiswa dijadikan hamba dan patung universiti. Kelak, Malaysia hanya akan punya generasi bacul yang takut untuk melawan kerajaan kerana takut dihukum. Sedar atau tidak, ia sudahpun berlaku.

Leave a Reply