Assalamualaikun dan salam sejahtera.

Bagi meringankan beban kos pengangkutan mahasiswa, Majlis Perwakilan Pelajar Aspirasi akan melaksanakan program ‘Petrol 4 Mahasiswa’ yang memberikan minyak secara PERCUMA kepada pengguna motosikal berkuasa 135cc ke bawah sahaja.

Program ini juga dijalankan setelah pihak MPP Aspirasi mendapat sumbangan ihsan daripada beberapa pihak yang prihatin dan cakna terhadap kebajikan mahasiswa UKM.

Pihak MPP komited dalam menjalankan program ini secara berkala. Sebarkan informasi ini kepada mahasiswa UKM yang memerlukan.

Meskipun kecil sumbangan ini, kami berharap ianya dapat meringankan beban mahasiswa UKM. Program ini juga meggunakan konsep ‘first come first serve’.

Ikhlas dari kami,

MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR ASPIRASI UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA SESI 2017/2018

Leave a Reply