Projek Ulat Buku – Untuk Anak Muda Sekitar KL & Selangor

Acara/Program

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Aku akan bermukim selama beberapa bulan di Selangor tidak lama sahaja lagi.

Setiap kali aku pergi ke satu-satu tempat, aku berminat untuk membina satu “komuniti/kolektif”.

Kumpulan tersebut tidaklah terdiri daripada ramai orang, tapi bersahabat dan melakukan kerja-kerja sukarelawan bersama-sama.

Memandangkan aku kurang kawan di Selangor/KL, ni aku nak mula bersahabatlah ni.

Kali ini aku berminat untuk mewujudkan komuniti berteraskan buku.

Apa aktiviti yang bakal dilakukan?

+ Jual Buku Terpakai dan Produk (Kumpul Dana)
+ Buku Jalanan (JV kolektif lain)
+ Bedah Buku/Sembang Buku (JV kolektif lain)
+ Upload Bahan Bacaan Percuma (JV Projek Zine)
+ Bertukar-tukar Buku Sesama Ahli
+ Bengkel DIY Zine (JV kolektif lain)
+ Reading Hour – Lepak + Minum + Baca

Chill. Kita akan mula dengan buku-buku santai. Anime atau komik pun boleh.

Untuk merealisasikan impian ini, aku memerlukan beberapa sukarelawan yang tak sibuk. Paling afdhol tidak terlibat dengan mana-mana organisasi yang “sangat” memerlukan mereka buat masa ini.

Wajib tinggal di sekitar Selangor atau Kuala Lumpur.

1. Ulat Design

Kita kenalah ada logo dan poster-poster lawa untuk pikat orang bukan? Jadi ulat design diperlukan.

2. Ulat Facebook

Untuk elakkan fanpage kita berhantu, kita perlukan ulat Facebook untuk update fanpage.

3. Ulat Gambar/Video

Setiap kali program mestilah kita kena ambil gambar. Kalau ada diskusi buku, bolehlah kita rakam untuk tatapan umum.

4. Ulat Bisnes

Paling penting bukan kaki MLM. Yalah, kita tak nak lah sukarelawan asyik kerja free. Paling tidaklah adalah wang transportasi dan wang kopi. Kita perlukan otak geliga untuk cari lubang-lubang business.

Kalau berminat, jangan segan-segan PM aku. Kalau malu nak PM, email;

ada.urusan@gmail.com

Kalau Soekarno pernah kata beliau perlukan 10 pemuda untuk goncangkan dunia, aku perlu 4 pemuda ni sahaja untuk gegarkan Selangor/KL dengan Projek Ini.

 

RAHMAN IMUDA
Ketua Editor,
NadiSiswa

Leave a Reply