Sampai Bila UTHM Pagoh Nak Macam Ni?

Berita

Hari ini sudah masuk hari ke-109, bermula hari pertama pelajar mendaftar masuk ke UTHM Pagoh. Bermula hari pertama dilantik menjadi MPP, kepentingan dan kebajikan mahasiswa menjadi bualan dan topik perbincangan, umumnya berkenaan mahasiswa di Kampus Pagoh. Majlis Perwakilan Pelajar cuba memahamkan mahasiswa keadaan di Kampus Pagoh, penjelasan demi penjelasan, walaupun yang hanya di terima hanya tuduhan dan makian. Sehinggakan bekalan elektrik separuh dari Daerah Pagoh terputus dan ianya diluar kawalan dan bidang kuasa, MPP tetap menjadi bahan makian rakan-rakan mahasiswa.

Kepentingan mahasiswa yang di wakili oleh MPP menjadi keutamaan. Di pasakkan dalam pemikiran, memandangkan kampus baru dibuka, perlukan masa untuk menyempurnakan segala urusan. Sedikit sebanyak ada perubahan terlihat di depan mata, namun tidak cukup menghentikan tomahan dan tuduhan.

Namun rasa kecewa yang terbuku dalam hati tidak dapat dibendung lagi, bilamana permohonan MPP untuk kebajikan rakan-rakan mahasiswa tidak diambil berat. Walaupun MPP dituduh mengikut telunjuk pentadbiran, tidak pernah terfikir untuk salahkan rakan-rakan mahasiswa akan tuduhan tersebut. Barisan MPP masih bersabar dan cuba menyelesaikan dengan cara yang betul.

Sehingga hari ini, masih tiada kerusi meja atau ruangan selain kelas, bagi pelajar untuk belajar dan beristirehat di kawasan Kampus. 3 kali cadangan telah dikemukan dalam mesyuarat yang berlainan bagi memohon isu ini di selesaikan segera, namun jawapan yang diterima tidak memuaskan, dan tiada tindakan sehingga hari ini. Satu semester sudah hampir berlalu..

Kehairanan semakin bertambah bilamana pelbagai program berskala besar yang hanya memberi manfaat kepada sesetengah pihak dapat dirangka dan dijalankan dalam masa yang begitu singkat, namun permohonan MPP untuk rakan-rakan mahasiswa tidak diendah.

Belum lagi di sentuh isu pembukaan pintu pagar Kolej Kediaman berhadapan pintu masuk Kampus yang dicadangkan oleh MPP kepada pihak pentadbiran, atas dasar untuk menggalakan pelajar berjalan kaki. Surat telah di hantar pada awal semester, cadangan telah diusul ketika mesyuarat. Namun, sehingga hari ini tiada tindakan diambil. Alasan diberitahu perkhidmatan bas akan ditarik kerana tiada sambutan. Bukankah lebih baik jika bilangan bas dapat dikurangkan? Perbelanjaan dapat disalurkan pada keperluan lain? Atau ini kerana mahu menjaga poket golongan kapitalis? Banyak isu yang boleh di perkatakan, namun masih berfikiran waras. Harap pihak yang berkenaan dan pihak pentadbiran ambil serius hal ini dan dapat diselesaikan segera.

#sampaibila
#MPPbukanmacai
#MPPjugamahasiswa
#mahasiswaperlutahu
#Pagohperlutahu

Mohamad Reeza Abd Patah
Timbalan Yang Dipertua
Majlis Perwakilan Pelajar
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
Sesi 2017/2018

Leave a Reply