Isu terhangat kampus yang sedang diuar-uarkan merupakan kes pembekuan Persatuan Bahasa Cina Universiti Malaya (PBCUM) oleh HEP. Kenyataan Presiden Syaiful telah menunjukkan beliau adalah langsung tidak memahami seluruh asal-usul kejadian tersebut tetapi padahalnya PBCUM telah jelas ditindas oleh pihak HEP. Atas sebab berikutnya, UMANY ingin menyatakan kekecewaan terhadap Presiden MPPUM ini yang telah diucapkan tahniah oleh Najib UMNO baru-baru ini atas kejayaannya dalam memimpin proksi UMNO kampus dalam PRK yang lalu.

1)Mahasiswa berhak untuk mengadakan aktiviti dengan bebas

Menurut kenyataan PBCUM, permohonan aktiviti bagi badan pelajar sepatutnya hanya perlu dihantar 2 minggu sebelum aktiviti dijalankan kalau mengikut prosedur biasa. Akan tetapi, PBCUM pula telah diminta oleh pegawai untuk menghantar permohonan (kertas kerja) bagi semua aktiviti sepanjang tahun pada awal sesi tahun dan hanya dibenarkan menghantar sekali sahaja! PBCUM pernah mencuba untuk mengadakan kelas “Rule Of Law” tetapi ditolak oleh HEP atas alasan lapuk bahawa tidak mengikuti peraturan universiti walaupun PBCUM telah mengikuti prosedur yang ditetapkan.

Terhadap kesemua ketidakadilan ini, Presiden MPPUM tidak pernah menyatakan sebarang sokongan dan sebaliknya sentiasa merasionalkan alasan-alasan yang diberi oleh pihak HEP tanpa berfikir secara mendalam dan menilai motif pihak HEP. UMANY di sini ingin mengambil peluang untuk memberitahu beliau bahawa mahasiswa juga merupakan “tuan rumah” Universiti Malaya dan berhak untuk menjalankan sebarang aktiviti bukan sahaja dalam bidang akademik, malah termasuklah bidang budaya dan agama. Mahasiswa yang merupakan orang dewasa tidak perlu mempunyai “ ibu bapa”(HEP) untuk memberitahu kita apa yang salah ataupun betul. Mahasiswa sepatutnya boleh mempelajari cara untuk bertanggungjawab terhadap tindakan sendiri semasa atau selepas aktiviti dijalankan dan prestasi mereka adalah dinilai oleh pihak awam, bukannya HEP.

2) Mahasiswa perlu memahami erti sebenar masyarakat majmuk dan saling menghormati sesama lain

Tindakan Syaiful yang menyokong alasan bahawa tidak menggunakan bahasa Melayu /Inggeris atas pembekuan PBCUM adalah amat mengejutkan. Walaupun Bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan, tetapi dalam Perlembagaan Malaysia telah dinyatakan dengan jelas bahasa lain juga bebas digunakan. Mahasiswa kena faham status bahasa kebangsaan tidak bermaksud bahasa tersebut boleh mengatasi semua bahasa. PBCUM selaku persatuan yang majoriti ahlinya adalah berbangsa Cina, penggunaan bahasa Cina adalah logik dan boleh difahami. Penggunaan sesuatu bahasa bukan bermaksud bahasa lain telah ditindas sebaliknya ini telah menunjukkan unsur istimewa dalam masyarakat majmuk di Malaysia. Masyarakat yang saling menghormati tidak akan menyekat budaya dan bahasa kaum lain.

Cadangan saudara Syaiful adalah sebaliknya, iaitu menyekat penggunaan bahasa lain. Adalah tindakan ini matang dan memberikan manfaat kepada masyarakat? Jelaslah jawapannya adalah tidak. Selain itu, kenyataan Syaiful yang menuduh tindakan PBCUM yang hanya menghantar surat dalam bahasa Mandarin secara keseluruhan adalah salah dan merupakan tuduhan yang serius. Adakah Syaiful pernah bertanyakan PBCUM sebab mereka menggunakan bahasa Mandarin dalam aktiviti surat-menyurat? Jelasnya tidak. Antara faktor penggunaan bahasa Mandarin dalam surat adalah disebabkan penerimanya adalah berbahasa Cina, dan ini hanya untuk memudahkan komunikasi dan tidak sepatutnya dikaitkan dengan sentimen perkauman.

UMANY ingin menyoal saudara Syaiful bahawa adakah saudara memperoleh informasi daripada PBCUM, ataupun saudara menerima sebarang maklumat yang diberitahu oleh HEP sahaja. Adakah pendirian saudara dan organisasi saudara yang ditunjangi oleh UMNO BN sememangnya “dari mahasiswa, untuk mahasiswa” atau sebaliknya? UMANY menuntut Presiden Syaiful untuk menghentikan tindakan mengkhianati hak mahasiswa sebegini dan berhenti memihak kepada pihak universiti yang menindas mahasiswa.

Leave a Reply