Posted on

Pilihanraya Kampus Universiti Awam dan Gerakan Mahasiswa

Oleh: Mohamad Amerul Zufar

Ma​hasiswa, yang juga tergolong dalam golongan anak muda tidak akan kekal menjadi mahasiswa, dalam tempoh yang singkat, mereka juga akan masuk ke alam pekerjaan dan menyumbang tenaga lebur mereka untuk pulangan gaji lalu mengejar kebahagiaan dan maksud masing-masing dalam hidup. Oleh itu, fasa mahasiswa ialah pra-fasa seorang pekerja. Namun, mahasiswa kini dalam dillema apabila ilmu-ilmu mereka pelajari di universiti, tidak lagi menjamin akan kebolehpasaran mereka untuk mendapatkan pekerjaan. Menurut data kerajaan, seramai 3.5% dari populasi negara tengah menggangur pada bulan Julai 2017, dimana kenaikkan 0.1% dari bulan Jun 2017. Kini kadar pengganguran pekerja terus meningkat dan secara kasarnya seramai 300,000 orang dijangka sedang menggangur. Di kalangan yang menganggur, 11% adalah adalah anak muda yang mana kebanyakannya adalah ​ m​ahasiswa ​ y​ang ​ t​elah ​ ​bergraduasi.

Kenaikkan yuran pengajian, kenaikkan kos hidup, kelumpuhan kebebasan akademik, dan peraturan-peraturan pra-pekerjaan yang birokratik dan tidak fleksibel telah meletakkan mahasiswa dalam situasi yang terdesak. Struktur kekuasaan di kampus yang pro-pentadbiran dan ketiadaan suara mahasiswa dalam membuat keputusan berkenaan pentadibran kampus telah melahirkan kekecewaan atau kehampaan, dan ini dimanifestasi kedalam bentuk sentimen anti-parti di kalangan mahasiswa dan ketidakpercayaan mahasiswa ​ terhadap ​ s​istem ​ p​ilihanraya ​ k​ampus ​ d​i ​ ​universiti ​ d​an ​p​ilihanraya​ u​mum.

Dalam situasi reaksi, sesetengah mahasiswa telah mula mempersoalkan alternatif politik yang mereka hadapi, lalu mereka membentuk organisasi khas untuk pilihanraya kampus untuk mencabar mandat kekuasaan kampus, seperti kumpulan Demokrat, Pemuda Ma Daxin (UMANY), Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS), Angkatan Mahasiswa, dan sebagainya. Kesemua kumpulan-kumpulan ini ingin memecah monopoli kekuasaan kumpulan mahasiswa proksi kerajaan iaitu kumpulan Aspirasi dan sebahagiannya cuba mengambil kembali kepercayaan mahasiswa secara umum untuk melakukan perubahan yang sarat dengan sentimen ​ a​nti-parti.

Namun kumpulan-kumpulan ini mempunyai ketidakjelasan asas yang sama, mereka semua hanya membawa agenda reformis dan sering terperangkap dengan permainan politik di kampus. Mereka memberi jenama kepada penyelesaian ini ‘agenda mahasiswa’ dan mereka sertakan manifesto-manifesto mereka tanpa gerak kerja kempen. Malah kempen dijalankan di media sosial, dengan hanya meletak video yang mengikut trend, dan penjenamaan ‘agenda mahasiswa’. Kesalahan perspektif telah membawa kepada kesilapan ramalan perubahan yang mahasiswa inginkan dan ini telah menambah lagi ketidakyakinan mahasiswa terhadap agenda yang lebih kurang sama daripada kumpulan-kumpulan baru ini. Ini terbukti dengan prestasi kumpulan ini dalam PRK yang lalu. Tanpa satu perspektif dan gerak-kerja yang berterusan mereka akan menjadi halangan kepada gerakan mahasiswa. Perspektif merupakan asas kepada satu tuntutan, sekiranya asas itu sudah cacat pasti binaan atas satu asas itu tidak kukuh dan pasti runtuh apabila dipalu oleh daya-daya ​d​an h​ujah b​alas ​ reaksioner ​ dan ​o​portunisme.

Selain tuntutan-tuntutan seperti kemudahan pusat dobi, pengurusan bersih dan efisyen dalam kolej, penyediaan menu-menu tertentu di kafe, kuasa mahasiswa di pentadbiran kampus (autonomi kampus), demokrasi mahasiswa dan lain-lain, mahasiswa juga perlu melihat kepada masalah dalam sistem pendidikan secara keseluruhan, dan menghubungkaitkan kepada perjuangan-perjuangan massa yang lain. Oleh itu tuntutan terulung dalam semua mahasiswa ialah penyelesaian kondisi material mereka, kondisi material kini yang membebankan mereka ialah pembayaran tuisyen kampus, dan yuran pendidikan. Oleh itu tuntutan pendidikan percuma merupakan isu seluruh mahasiswa di Malaysia ​m​alah ​s​eluruh ​dunia.

Di saat pergolakan mahasiswa di seluruh dunia, seperti protes mahasiswa di Chile oleh Gabungan Pelajar dan Mahasiswa Chile pada 2011-2013, protes mahasiswa terhadap kenaikkan tuisyen di Quebec, Kanada oleh Persekutuan Mahasiswa Kolej Quebec dan pelancaran mogok oleh Sindicato de Estudiantes (Kesatuan Pelajar) di Sepanyol, kesemua gerakan ini berjaya menunjukkan bahawa gerakan mahasiswa yang membawa program serta tuntutan, dan taktik-taktik yang menyatukan mahasiswa yang diguna oleh mereka telah ​ b​erjaya ​m​enggegar ​dan​ m​eletakkan ​ t​ekanan​ k​epada ​ k​erajaan.

Oleh itu, alternatif kepada mahasiswa ialah membawa satu tuntutan kepada golongan mahasiswa dan membawa akan satu program dan pemilihan jawatankuasa untuk menggerakan agenda ini. Pendidikan percuma dan pendemokrasian sistem pendidikan pasti boleh memutuskan rantai yang membelenggu mahasiswa kini. Pastinya ini akan membuka pembanjiran hak-hak lain yang didahagakan mahasiswa seperti, kebebasan akademik, demokrasi kampus, kuasa siswa akan bebas dari belenggu dari daya tindak balas birokratik dan reaksioner kerajaan. Tuntutan ini mesti diagitasikan, dan dibawa kepada mahasiswa secara menyeluruh, apabila tuntutan dapat suara menyeluruh mahasiswa, perlu ada jawatankuasa atau organisasi berstruktur untuk membawa tuntutan ini ​ k​epada ​ satu ​ g​erakan.

Perjuangan ini juga perlu dihubungkaitkan dengan perjuangan alternatif kepada sistem kapitalisme yang menjadikan pendidikan sebagai landasan alat komoditi untuk dijual-beli. Justeru itu gerakan mahasiswa yang memperjuangkan pendidikan percuma perlu bergabung tenaga dengan kuasa yang mampu mengubah kapitalisme, iaitu kelas pekerja. Kapitalisme berkembang dengan keuntungan yang dijana oleh kelas pekerja melalui tenaga buruh mereka, tetapi keperluan dan hak kelas pekerja ditindas sepertimana hak mahasiswa ditindas ​ d​i ​ b​awah ​ s​istem ​ p​endidikan ​ ​yang ​ d​ikongkong ​ o​leh ​ k​apitalisme.

Mahasiswa kini yang sarat dengan pesismisme dan tanggapan masa depan yang suram harus menghadapi realiti. Angkara, krisis ekonomi global 2007-2008 yang memberi kesan hampir semua negara telah memberi impak kepada sistem kapitalisme seluruh dunia. Ini boleh dilihat dengan Britain keluar dari Eropah (Brexit), kemenangan Jeremy Corbyn sebagai ketua parti pembangkang (Parti Buruh) di Britain, fenomena Bernie Sanders yang ingin bawa agenda revolusi politik melawan golongan 1% di Amerika yang memegang kekayaan 99% rakyat di Amerika Syarikat, kesemua fenomena ini terjadi atas jasa dan tenaga lebur kelas pekerja, anak muda dan mahasiswa di seluruh dunia. Alternatif yang kini semakin mendapat sambutan ialah Sosialisme! Satu data menunjukkan, kini 44% rakyat Amerika lebih suka tinggal dalam sistem sosialisme daripada kapitalisme. Perjuangan hak-hak seperti pendidikan percuma dan pendemokrasian pendidikan boleh menjadi jambatan menghubungkan perjuangan mahasiswa kepada seluruh pembebasan massa dan kelas pekerja dari cengkaman sistem kapitalisme. Ini boleh menjurus kepada kelahiran masyarakat baharu yang berlandaskan kepada hak, keperluan dan demokrasi berlandaskan sosialisme.

Ayuh mahasiswa seluruh Malaysia bersatulah dan berjuang bersama kelas pekerja ​untuk ​membina ​ a​lternatif ​ k​epada ​s​istem ​k​apitalisme!

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *