Posted on

ANTARA BITCOIN DAN EMAS? MANA PILIHAN MASA DEPAN

Oleh: Shah Fikry

Kewujudan Bitcoin dan Cryptocurency ini bermula di dark web dan pada permulaannya sebagai mata wang rahsia bagi kegunaan pengguna mereka. Cryptocurrency ini dianggap sebagai satu revolusi oleh setengah pihak dalam usaha mendigitalkan transaksi terutamanya dalam sektor teknologi.

Bitcoin bermula dengan kadar USD 200 per unit pada tahun 2010 dan kini dianggarkan nilai pasaran saham sudah mencapai USD 5,000 per unit dalam jangka masa 7 tahun. Hasil pengenalan bitcoin, kewujudan cryptocurrency tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan. Pelbagai aktiviti dan cryptocurrency lain wujud seperti Ethereum wujud. Apa yang membimbangkan ialah kewujudan matawang ini bedasarkan maklumat enkripsi. Setengah pihak memanggil mining dalam usaha untuk mencari ataupun mendapatkan bitcoin.

Tidak dinafikan permintaan terhadap Bitcoin ini amat tinggi malah akhbar The Guardian pernah menyatakan kewujudan cryptocurrency berjaya mengurangkan inflasi kerana ia hanya akan dikeluarkan mengikut pembekal kemudahan dan dapat menurunkan membendung inflasi. Namun, apa yang dikhuatiri ialah keselamatan pengguna terutamanya ketika berada di alam siber. Malah ada yang mengaitkan cryptocurrency menjadi penyumbang kepada pengganas dunia.

Mengikut rekod dari Polis Di-Raja Malaysia, sebuah syarikat iaitu Al-Mubin Agarwood yang berkemungkinan berkaitan dengan Bitcoin ini telah disiasat dan ditutup. Sejauh manakah penglibatan syarikat-syarikat Malaysia di dalam isu Bitcoin ini.

Baru-baru ini, Pengerusi Suruhanjaya Sekuriti Tan Sri Dato’ Seri Ranjit Ajit Singh ada menyatakan bahawa pihak Suruhanjaya Sekuriti bersedia meneliti untuk menyediakan satu regulation berkaitan cryptocurrency. TIndakan ini amat dialu-alukan kerana merasakan cryptocurrency ini perlu dipantau dan perlunya pihak yang menyediakan panduan tatkala negara-negara maju lain masih berdiam dan mengambil inisiatif tunggu dan lihat. Namun apa yang membimbangkan adalah mekanisme yang akan dilaksanakan. Ramai melihat ini sebagai satu masa depan baru terutamanya di dalam budaya mewujudkan cashless system dalam transaksi ekonomi digital.

Ramai menganggap cryptocurrency ini wujud berdasarkan Ponzi scheme sekaligus menjadikan ia sebagai kebimbangan dalam pasaran matawang. Di dalam kaedah Islam, penggunaan emas amat dituntut. Menyelusur kembali kepada sejarah pengenalan nilai matawang, ia dianggap sebagai satu usaha untuk mengatasi permintaan yang tinggi di kalangan pengguna. Kewujudan matawang yang volatile dan dipantau oleh Bank Pusat dianggap sebagai salah satu unsur gharar terutamanya dalam menentukan kadar sebenar. Setengah pihak melakukan hedging dalam usaha untuk mencapai keuntungan atas jualan merentas matawang manakala setengah pihak menunggu masa yang sesuai dalam usaha memanipulasi prestasi kewangan syarikat berdasarkan nilai matawang.

Islam dengan jelas menggunapakai kaedah nilai mata wang bersandarkan emas. Harga pasaran emas berubah-ubah namun harganya di pasaran dunia masih stabil dan boleh dianggap mampu melenyapkan unsur gharar di dalam keuntungan atas jualan merentas negara. Setengah pihak masih lagi menggunapakai kaedah jual beli menggunakan syiling emas kerana harga pasaran di dunia yang kian stabil. Namun, di Malaysia kewujudan sistem syiling emas ini dilihat kurang pesat membangun. Tidak banyak bank-bank yang menyediakan kemudahan ini.

Usaha Kerajaan dalam memantau kewujudan cryptocurrency amat diperlukan namun apa yang dikhuatiri tindakan dan mekanisme ini mampu memberi pandangan buruk terhadap pasaran matawang negara. Sebaiknya dalam usaha kita menjadikan Malaysia sebagai hab kewangan Islam serantau, kita perlu menjadi perintis dalam mewujudkan semula matawang yang berteraskan nilai emas dalam usaha menstabilkan semula pasaran nilai matawang global.

 

*Shah Fikry ialah pelajar jurusan akaun di KPTM KL.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *