Tineskumar, mahasiswa City University telah mengalami kemalangan pada Feb 2016 dan memaklumkan kepada pihak City Universiti untuk menunda pendidikannya. Pegawai City Uni tidak melakukan penangguhan pendidikan dan menyebabkan dia diberikan status “Gagal” menyebabkan PTPTN dia digantung. City Uni telah mengenakan bayaran kepada PTPTN atas nama Tinesh untuk semester yang dia tidak hadir. Tinesh dan ibu bapanya telah cuba berurusan dengan pihak City Uni atas ralat City Uni namun tidak memberi layanan yang baik.

Tinesh tidak mampu menyambung pendidikan tanpa PTPTN. Pemuda PSM (diwakili oleh Sharan Raj & Gandipan Nantha Gopalan) serta wakil PSM Semenyih (Shan) telah mewakili saudara Tinesh untuk berurusan dengan City Uni. City Uni telah memohon maaf atas kesilapan yang berlaku serta telah bersetuju dengan tuntutan kita untuk membenarkan Tinesh menyambung pendidikan mulai Januari 2017 serta mengembalikan bayaran PTPTN untuk semester yang dia tidak hadir. Pihak City Uni setuju untuk medapatkan pampasan insurans kesihatan untuk kemalangan Tinesh.

Sharan Raj
Naib Pengerusi
Pemuda PSM

Leave a Reply