Demokrat UKM akan menghantar pasukan sukarelawan pada 10 dan 11 November ini ke Pulau Pinang yang dilanda banjir teruk baru baru ini. Antara lokasi yang dikenal pasti yang memerlukan bantuan adalah di Kampung Din Bamboo Batu Ferenghi dimana sebanyak 30 buah keluarga terjejas. Terdapat beberapa lokasi lain yang turut dikenal pasti di kawasan pulau dimana mereka memerlukan bantuan, terutamanya tenaga sukarelawan untuk kerja kerja pembersihan.

Justeru itu kami akan lancarkan misi ini dan untuk mahasiswa yang berminat untuk menyertai kami sebagai sukarelawan dalam misi ini, mohon hubungi nombor yang tertera di bawah.

Kami juga amat mengalu-alukan bantuan kewangan supaya kami dapat membeli bekalan keperluan harian buat keluarga yang terjejas.

Sama sama kita berganding bahu untuk membantu mereka yang memerlukan.

TERIMA KASIH
DEMOKRAT UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

Leave a Reply