Posted on

PMIUM Tolak Arahan HEPA Adakan Semula AGM

1. Selepas beberapa minggu menanti keputusan HEPA mengenai status PMIUM, hari ini kami dimaklumkan mengenai tindakan HEPA yang mahu PMIUM mengadakan semula AGM.

2. Kami, PMIUM telah sepakat untuk menolak arahan bagi mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) semula sebagaimana lampiran surat yang tertera. Kami berpendirian bahawa kepimpinan yang dipilih dalam AGM lalu masih kekal sebagai kepimpinan PMIUM yang sah.

3. Kesilapan paling asas Bahagian Hal Ehwal Pelajar & Alumni (HEPA) ialah tidak menghantar wakil mereka dalam AGM. Kegagalan ini diburukkan lagi apabila HEPA dengan sewenang-wenangnya menerima aduan daripada seseorang yang tidak boleh dibuktikan sebagai ahli PMIUM yang sah.

4. PMIUM telah sedaya upaya mematuhi segala garis panduan yang ditetapkan. Adalah tidak munasabah untuk memaksa PMIUM melakukan AGM semula tanpa sebarang siasatan melalui tribunal yang terbukti adil dan saksama.

5. Pemaksaan ini merupakan tindakan berat sebelah yang ingin menafikan kelemahan pengurusan sistem HEPA dan menutup kegagalan untuk wakil HEPA hadir ke AGM PMIUM yang lalu. Sekiranya wakil mereka hadir, pastinya perkara ini langsung tidak berbangkit.

6. PMIUM mendesak agar arahan ini dibatalkan serta-merta dan sebulat suara menerima kepimpinan yang telah dipilih pada AGM lalu sebagai sah berdasarkan kepada kaedah yang telah ditetapkan.

PMIUM akan terus Meneraju Kepimpinan Mandiri!

Ahmad Syifaa Bin Abd Khaliq
Presiden
Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM)
Sesi 2017/2018

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *