Posted on

Mahasiswa Bersama Masyarakat

Oleh: Pekan Moden

Mahasiwa merupakan anggota masyarakat yang berada pada kelompok elit disebabkan kelebihan yang dimilikinya sekaligus mempunyai tanggungjawab intelektual, moral dan sosial. Walau bagaimanapun  mahasiswa sering diletakan dalam situasi dimana mereka hanya berperanan di kampus sahaja dimana mereka menganggap tanggunjawab mereka hanya sekadar belajar. Hal demikian menjadi mahasiswa tidak ubah seperti ‘katak di bawah tempurung’. Memang sudah menjadi lumrah mahasiswa dibebani dengan tanggungjawab mereka untuk belajar bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan. Namun, mahasiswa mempunyai tanggungjawab lebih besar kepada masyarakat.

Dalam memahami masyarakat, mereka merupakan kelompok manusia yang berinteraksi dalam kawasan atau sempadan yang telah ditetapkan dan dibimbing oleh satu budaya yang dikongsi bersama.  Bagi Richard T. Schaefer masyarakat ialah “a fairly large number of people who live in the same territory, are relatively independent of people outside it, and participate in a common culture”. Manakala Paul B. Horton dan Chester L. Hunt pula mendefinisikan masyarakat sebagai “a relatively independent, self-perpetuating human group which occupies a territory, share a culture, and has most of its associations within this group. A society is an organization of people whose association are with another”. Definisi tersebut menunjukkan masyarakat merupakan satu kesatuan manusia dalam suatu kawasan yang terikat dengan satu budaya yang sama.

Di sini saya inginkan terangkan bagaimana mahasiswa memberi sumbangan kepada masyarakat dimana di Ukm telah diadakan suatu kursus yang membawa mahasiswa mengenali masyarakat melalui kerja lapangan dan kesukarelaan. Pelejar ukm telah ditugaskan untuk mengkaji selidik mengenai aktiviti Rukun Tetangga di Sekitar Bandar Baru Bangi. Rukun Tetangga merupakan skim yang diwujudkan dibawah Peraturan-Peraturan Perlu (Rukun Tetangga) dalam Ordinan Darurat 1969 yang dilancarkan pada 29 Ogos 1975 oleh Allyarham Tun Abdul Razak, Mantan Perdana Menteri Malaysia kedua. Skim diwujudkan bagi menjaga keselamatan penduduk di kawasan-kawasan tertentu bebas daripada kejadian-kejadian yang menggugat perpaduan nasional.

Di Bandar Baru Bangi, terdapat banyak kawasan yang memiliki Rukun Tetangga sendiri seperti di Surau Al Ehsan di Seksyen 2. Rukun Tetangga tersebut ditubuh pada tahun 2014 di bawah Akta 751 Rukun Tetangga 2012. Aktiviti yang dijalankan oleh Rukun Tetangga ini adalah seperti Rondaan waktu malam dibawah skim rondaan sukarela (SRS), gotong royong dan perniagaan. Peranan yang dapat disumbang oleh mahasiswa di terhadap rukun tetangga inilah ialah dengan menyediakan laman blog mengguna wordpress yang akan digunakan oleh ahli rukun tetangga di kawasan surau Al-Ehsan ini bagi memperkenalkan rukun tetangga kepada masyarakat sekeliling dan pelusuk dunia akan penting peranan rukun tetangga.

Projek ini bermula dengan temubual oleh pelajar ukm dengan ahli jawatankuasa rukun tetangga. Kemudian, mahasiswa turun bersama anggota rukun tetangga melakukan rondaan malam serta mengikuti gotong-royong bersama masyarakat setempat. Setelah itu pelajar ukm telah membuat laman blog yang mengandungi perkara seperti aktiviti rukun tetangga dan sejarah penubuhannya. Penyelidikan ini bukan sekadar merapat lagi mahasiswa dengan masyarakat tetapi juga telah memperkenalkan penggunaan alam siber kepada masyarakat yang menjadi mereka celik IT. Kaedah ini seiring dengan fasa Revolusi Industri Keempat yang menjadikan laman internet sebagai penghubung utama dan ianya dapat padapatan global dan kualiti hidup populasi masyarakat di seluruh dunia.

Kesimpulannya mahasiswa bukan sekadar mempunyai peranan hanya sekadar untuk mengejar kejayaan di IPT semata-mata tetapi juga mempunyaim membawa masyarkat kearah kemajuan serta mengenali mereka melelui aktiviti kemasyarakatan.

Rujukan

Agus Pribadi, Revolusi Industri Keempat: Seberapa Siap Dunia Menghadapinya?. Syahrazade.  April 11, 2017. https://syahrazade.com/revolusi-industri-keempat-seberapa-siap-dunia-menghadapinya/

Rahimah Abd, Aziz .Masyarakat, Budaya dan Perubahan. Universiti Kebangsaan Malaysia. 2000. Hlm.32.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *