Posted on

Pokai?

Pokai? Real atau retorik? “Aku ada RM10, aku rasa cukuplah Nasi Bujang hari ini” , “Akaun aku tinggal RM300, cukup ke belanja aku minggu ni ? “. Dua dialog yang berbeza, tapi satu perasaan yang sama. Pasti anda pun pernah merasai perasaan pokai ini bukan ? Lifestyle ? Ramai orang salahkan lifestyle mahasiswa, tak boleh pakai iPhone, padahal diorang yang cakap benda ni hidup kat zaman bila entah. Phone ni satu keperluan lah, jangan persoalkan hal remeh ni.

Peer pressure? Adakah mahasiswa kita sangat peer pressure? Ya ada, tapi itu bukan isu kebanyakan. Komitmen persatuan? Tambah-tambah menjelang PRK, banyaklah yang berkorban, padahal ‘parti’ korang bukan berkorban untuk korang pun. Kelas, expenditure boleh mencecah RM300-400 sebulan, lagi-lagi yang kos seni, media dan seangkatanya.

Apapun sebab, kau kena sedar sebagai mahasiswa, kau akan berhadapan dengan semua kos kewangan ini, kau tu dahlah miskin, bukan ‘Syed Saddiq’ senang-senang tolak offer Oxford. Jadi, kau sebagai pelajar atau orang yang pokai buat masa ni, ubah mindset! Ubah!. Kena sedar dan peka dengan hal kewangan, tambahan zaman ekonomi negara kita dalam keadaan yang ‘complicated’. Berhenti bagi alasan dan deal with it! Kau kena simpan, kena invest, kena korban masa buat part-time. Pandailah-pandailah korang, banyak tips tips yang relevan untuk korang kat luar sana, tak kan nak Google pun susah? Senang bukan ?

Sampai bila kita nak ulang isu ini, yelah kita (yang menulis) pun pernah merasa benda ni, dan melihat junior, kawan-kawan, saudara-mara pun menghadapi benda yang sama. Emmmmm…. Korang jangan tunggu, kena start merancang, lebih baik sibuk merancang daripada ‘sibuk’ tunggu. Bila dah rancang tu, buatlah, JANGAN TAK BUAT pula.

Kalau korang boleh rasa macam ni lepas baca artikel pendek ni, tak sia-sialah aku tulis panjang-panjang.

“Betul lah mamat ni cakap, aku memanjang rasa tak ada duit, padahal ada je duit tu,tapi belanja kat  benda lain. Hah, bagus boros lagi!”

Mekaseeyyyyy!

 

Oleh :

Ishak Fauzi

Ubaidullah

Arifin Amin

 

One thought on “Pokai?

  1. Baru eksited nak baca saranan atau apa2 yg memabntu tetibe….habis..
    Ok.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *