Keputusan PRK UM kali ini jelas menunjukkan bahawa strategi atau langkah Pro-M 2-3 tahun lepas, telah gagal.

Pada ketika itu, Universiti Malaya dikenali sebagai kubu kuat Pro-M. Tampuk kepimpinan MPP UM pada hampir setiap tahun dikuasai oleh Pro-M.

Namun, kemerosotan drastik Pro-M bermula dengan tindakan pimpinan Pro-M untuk memboikot PRK.

Kononnya, dengan boikot berkenaan, HEP akan lebih menghormati hak mahasiswa dan demokrasi kampus akan lebih subur.

Aku pernah argue dengan kawan aku (orang kuat Pro-M ketika itu) pasal ni. Dia kata boikot akan berhasil, it’s a well-calculated risk.

Hakikatnya, tindakan itu hanya memakan diri. Pro-M mula hilang daripada arena politik kampus dan ini mewujudkan vakum yang telah diisi Penggerak.

Kemudian, satu lagi strategi yang hanya merugikan diri sendiri diambil – pembubaran Pro-M dan “spin-off”nya dinamakan Angkatan Mahasiswa.

Tindakan ini juga memakan diri kerana branding Pro-M telah dirugikan, dan akhirnya Angkatan bermula dengan clean slate, yakni bermula daripada kosong.

Ketika semua ini berlaku, Penggerak telah mula “consolidate” pengaruhnya dalam kampus UM. Penggerak telah membuktikan bahawa ianya adalah gerakan yang stabil dan mampu bertahan lama dengan aspirasi yang sama.

Bukannya terumbang-ambing.

Kehilangan Pro-M disambut dengan kelahiran gerakan-gerakan baru seperti Angkatan, Demokrat dan lain-lain.

The sad truth is, hanya Demokrat yang tampak konsisten dengan gerakan dan perjuangannya. Branding Demokrat kelihatan sepanjang tahun, dan bukannya ketika PRK sahaja.

Gerakan-gerakan lain macam parti politik di luar sana, 3 bulan sebelum pilihanraya baru kelihatan. Correct me if I’m wrong.

Tapi, Demokrat sahaja tidak mampu melawan Penggerak, yang sudah menjadi terlalu kuat. This is like David vs Goliath battle.

Kerjasama antara gerakan-gerakan lain diperlukan, namun seperti yang dilihat pada PRK kali ini, kerjasama itu bermula terlalu lambat. Hanya apabila semboyan PRK hampir dibunyikan.

Aku pernah cadangkan kepada seorang kawan supaya “coalition” dibuat dan branding dibina dari awal tahun ni, untuk membina gerakan-gerakan terbabit untuk melawan Penggerak.

Namun, katanya agak sukar membina kerjasama kerana beberapa perbezaan.

Masih belum terlambat. Kalau kesemua gerakan yang ada boleh bina “coalition” yang utuh dengan central committee dari sekarang, branding yang baru boleh dibina dangan baik.

Dengan izin Tuhan, PRK tahun depan boleh beri saingan yang seiring dengan Penggerak.

Ditulis oleh; Ganeshwaran Kana

Leave a Reply