Pada hari ini dalam tahun 1974, aktivis-aktivis mahasiswa Universiti Malaya (UM) telah mengambil-alih kampus universiti daripada pentadbiran UM. Rampasan kuasa ini bertahan selama satu hari.

Akhbar Berita Harian melaporkan:

“Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya petang ini mengambilalih pentadbiran dan kampus Universiti Malaya. Tindakan itu diambil bagi meminta Kerajaan membebaskan dua orang mahasiswa yang ditangkap di Johor Bahru kemarin bersabit dengan tunjuk perasaan setinggan-setinggan di Tasek Utara.”

Dua orang aktivis mahasiswa yang ditangkap ialah Hishamuddin Rais, Setiausaha Agung Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM) dan Yunus Ali, ahli-jawatankuasa PMUM.

Pada hari yang sama seramai 1,000 orang aktivis-aktivis mahasiswa dari Kelab Sosialis Universiti Malaya dan PMUM telah berdemonstrasi di luar kampus UM untuk menuntut pembebasan 2 mahasiswa yang ditangkap. Seramai 360 orang anggota polis FRU telah dihantar untuk menyekat demonstrasi tersebut. FRU telah bertindak melepaskan 18 das gas pemedih mata untuk menyuraikan tunjuk perasaan yang dijalankan oleh mahasiswa itu.

Sumber: Akhbar Berita Harian, 22 September 1974

 

Leave a Reply