Posted on

UMS – Suara Mahasiswa Kecam Kebocoran Maklumat di Universiti Malaya

1. Kami menerima perkhabaran bahawa maklumat sulit peribadi Saudara Daniel Mizan Qayyum (Mahasiswa UM) telah didedahkan secara umum akibat daripada tindakan yang dilakukan oleh staff sementara pentadbiran Universiti Malaya. Ini merupakan salah satu tindakan yang biadap dan salah di sisi undang-undang kerana telah membocorkan maklumat sulit seseorang mahasiswa kepada orang lain(umum).

2. Saudara Daniel yang merupakan Kordinator Demokrat UM telah membuat laporan polis di Balai Polis Pantai susulan tindakan yang dilakukan oleh staff sementara pentadbiran Universiti Malaya. Kami dari Suara Mahasiswa UMS sangat-sangat menyokong tindakan yang dilakukan oleh Saudara Daniel dan mengecam tindakan melampau dan tidak profesional staff pentadbiran universiti tersebut.

3. Seharusnya pihak Universiti Malaya lebih berhati-hati dalam menyimpan maklumat sulit Pelajar dan tidak membongkar maklumat itu sesuka hati. Mereka yang membongkar maklumat sulit itu harus menerima tindakan yang sewajarnya.

4. Suara Mahasiswa UMS mengecam sekeras-kerasnya tindakan membongkar maklumat sulit Saudara Daniel Mizzan. Dan kami akan tetap bersama Saudara Daniel dalam melawan ketidakadilan Univesiti Malaya menindas Mahasiswa.

5. Semoga Mahasiswa terus menang melawan penindasan. Bangkit dan melawan!

#KitaDaniel
#BangkitDanLawan
#SuaraMahasiswaUMS
#SolidaritiDariBawahBayu

SUARA MAHASISWA UMS
Universiti Malaysia Sabah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *