Daniel Mizan Qayyum yang merupakan aktivis Demokrat Universiti Malaya telah melakukan laporan polis mendakwa staff sementara Universiti Malaya membocorkan rahsia peribadi beliau. Pembocoran maklumat peribadi itu disifatkan untuk memberi imej buruk kepada peribadi Daniel.

Lebih teruk lagi, maklumat ini telah tular di media sosial tanpa kebenaran dan pengetahuan Daniel.

Kini beliau menantikan tindakan selanjutnya dari Universiti Malaya berhubung kes ini, adakah UM akan melindungi staff yang telah membocorkan rahsia ini kepada khayalak ramai atau mengambil tindakan terhadap staff itu? Sama-sama kita nantikan.

Nantikan laporan selanjutnya dari Nadi Mahasiswa berkenaan kes ini.

Leave a Reply